Resipi asli Brunei Satay House telah diwarisi sejak zaman datuk dan nenek lagi pada tahun 1980-an. Pada tahun 2004, Tn Hj Ag Ali dan isterinya mula membuka Brunei Satay House, meneruskan warisan keenakan tersebut. Kini, legasi itu diteruskan oleh anak beliau, Tn Hj Ag Shahril bin Hj Ag Ali, yang telah membuka cawangan baharu di Indah Permai, Sepanggar.
2015-2019
Brunei Satay House bermula sejak tahun 2004, diasaskan oleh Tn. Hj. Ag Ali bersama isteri beliau Pn. Hjh. Siti Afsah di Pekan Lama Beaufort. Berbekalkan resipi turun-temurun dan komitmen terhadap kualiti, perniagaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Pada tahun 2009, Brunei Satay House mengembangkan sayap dengan pembukaan cawangan kedua di Beaufort Pekan Baru, yang kemudiannya diuruskan oleh anak-anak pengasas, meneruskan legasi keluarga dalam perniagaan ini.
Alhamdulillah, pada 7 Januari 2015, salah seorang anak lelaki pengasas, Tn. Hj. Ag Shahril Hj. Ag Ali, membuka cawangan pertama di kawasan Kota Kinabalu, bertempat di Indah Permai, Sepangar, dan terus mengekalkan jenama Brunei Satay House. Cawangan ini bermula dengan hanya separuh lot kedai, namun menjadi titik penting dalam perkembangan jenama Brunei Satay House di Kota Kinabalu.
Hari ini, Brunei Satay House terus komited menyajikan hidangan satay dan masakan tradisional berkualiti tinggi, berteraskan warisan rasa dan nilai kekeluargaan yang menjadi asas sejak penubuhannya.
Seiring dengan perkembangan perniagaan, sebuah syarikat telah ditubuhkan dengan nama AG Growrichest Sdn. Bhd., menandakan peralihan daripada perniagaan Enterprise kepada Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Langkah ini diambil bagi membolehkan perniagaan berkembang dengan lebih tersusun, profesional dan berdaya saing, serta memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.
Di bawah pengurusan AG Growrichest Sdn. Bhd., beberapa cabang perniagaan telah diwujudkan, antaranya Restoran Brunei Satay House Indah Permai, Biskita Cafe PCC, Biskita Food (Produk Sejuk Beku) serta Kiosk Biskita Satay. Setiap cabang ini dibangunkan dengan visi untuk memperkukuh jenama dan memperluaskan penawaran produk serta perkhidmatan.
Namun demikian, dalam perjalanan membangunkan perniagaan, terdapat beberapa projek yang terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan oleh isu dalaman dan cabaran dunia perniagaan yang belum dapat diatasi pada ketika itu. Pengalaman ini menjadi satu pengajaran penting dalam usaha memperkukuh pengurusan dan perancangan strategik syarikat untuk masa hadapan.
Seiring kebangkitan semula perniagaan, syarikat kini memberi fokus sepenuhnya kepada “Growing of the Business” dengan pendekatan yang lebih tersusun dan strategik. Operasi Restoran Brunei Satay House Indah Permai diteruskan, di samping penambahan satu lagi jenama iaitu Restoran Kerapu Cili Krabi, sebagai langkah memperkukuh kehadiran dalam industri makanan dan minuman.
Dalam masa yang sama, syarikat sedang merancang untuk mendominasi pasaran Sepangar melalui pembukaan restoran baharu yang menampilkan konsep serta jenis masakan yang berbeza dan lebih eksklusif, selari dengan kehendak pasaran semasa.
Selain itu, perancangan jangka panjang turut dirangka dengan memberi tumpuan kepada pembangunan strategic business model yang mampu diskalakan (scale up) bagi memastikan pertumbuhan mampan bermula tahun 2026 dan seterusnya.